UCL: PSG Menang Bergaya Ke Atas AC Milan
UEFA Champions League
Paris Saint Germain
Advertisements

Kapten Perancis, Kylian Mbappe memastikan PSG pulang dengan tiga mata dari aksi ketiga Kumpulan F UCL selepas menewaskan AC Milan 3-0 di Parc des Princes.

PSG mahu bangkit semula selepas dimalukan Newcastle United dalam aksi sebelumnya di St James Park dua minggu lalu.

Sementara Rossoneri pula memburu kemenangan pertama dalam Kumpulan F selepas dua kali seri masing-masing dengan The Magpies dan Borussia Dortmund.

Advertisements

Beraksi di gelanggang sendiri, Les Parisiens menguasai babak pertama berdasarkan statistik Sofascore. Daripada enam percubaan mereka, dua daripadanya merupakan percubaan tepat.

Dan satu daripadanya disempurnakan menjadi gol oleh Mbappe pada minit ke-32 selepas menerima hantaran Warren Zaire-Emery. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Rossoneri terus bergelut mengekang barisan serangan tuan rumah diketuai Mbappe.

Advertisements

PSG menyangka telah menggandakan kelebihan pada minit ke-49 menerusi bekas pemain sayap Barcelona, Ousmane Dembele.

Bagaimanapun, tuan rumah hampa apabila VAR mengesan pemain sayap Perancis itu berada pada kedudukan ofsaid semasa gol tersebut dijaringkan.

Kekecewaan mereka tidak bertahan lama apabila bekas penyerang Eintracht Frankfurt, Randall Kolo Muani menyumbat gol kedua pada minit ke-52 selepas menerima hantaran Zaire-Emery.

Advertisements

Zaire-Emery turut mencipta rekod tersendiri sebagai pemain termuda mencipta dua bantuan gol dalam sejarah UCL pada usia 17 tahun 231 hari.

Sebelum ini, rekod berkenaan dipegang oleh bekas penyerang Arsenal, Theo Walcott pada usia 17 tahun 250 hari.

Rossoneri berusaha merapatkan jurang menerusi beberapa percubaan merbahaya oleh penyerang Portugal, Rafael Leao tetapi gagal membuahkan hasil.

Advertisements

Sebaliknya, PSG membolosi gawang Milan buat kali ketiga menerusi pemain gantian dari Korea Selatan, Lee Kang-in pada minit ke-88 selepas menerima umpanan Zaire-Emery.

Itu merupakan gol pertama beliau untuk Les Parisiens selepas berpindah ke kelab itu dari Real Mallorca pada tetingkap perpindahan musim panas lepas.

Itu sudah cukup untuk menjamin kemenangan 3-0 PSG ke atas AC Milan. Kemenangan ini melonjakkan mereka ke persada Kumpulan H dengan enam mata, dua mata di hadapan Newcastle.

The Magpies mengekori PSG di tempat kedua Kumpulan H dengan empat mata selepas mereka tunduk 1-0 kepada Dortmund dalam satu lagi aksi kumpulan.

Dengan tiga bantuan gol yang diciptanya hari ini, tidak hairanlah Zaire-Emery dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini.

Malah, Sofascore turut memberi markah 7.8 kerana kebijaksanaannya mencipta peluang buat barisan serangan PSG. Sementara Mbappe pula di belakangnya dengan markah 7.7.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram