Advertising
UCL: Real Madrid Hampakan Man City Saat Akhir
MakanBola
Real Madrid CF

Aksi playoff tumpuan UEFA Champions League (UCL) pada awal pagi Rabu menyaksikan Real Madrid Man City.

Setelah hampir tersingkir awal di peringkat liga sebelum ini, Man City akhirnya mengesahkan tempat apabila mengatasi Club Brugge dan diundi berdepan Real Madrid di pusingan playoff.

Pengurus City, Pep Guardiola menampilkan barisan terbaik ditunjangi pemain seperti De Bruyne, Erling Haaland serta Nathan Ake tatkala Federico Valverde ketuai kesebelasan utama Real Madrid.

Ad

Aksi di babak pertama berlangsung begitu menarik dengan Man City terlebih dahulu di hadapan hasil gol oleh Erling Haaland yang sempurnakan umpanan Gvardiol pada minit ke-19.

Kegembiraan tuan rumah tidak diselubungi duka tidak lama kemudian apabila pemain sayap kiri, Jack Grealish terpaksa dibawa keluar gara-gara kecederaan dan digantikan oleh Phil Foden.

Ad
Ad

Usaha Madrid untuk memburu jaringan penyamaan tampak gagal apabila benteng City kekal ampuh menyekat asakan bertubi-tubi gergasi Sepanyol sehingga memasuki ruang persalinan.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Man City 1-0 Real Madrid.

Kembali dari rehat, Real Madrid pantas menyamakan skor 1-1 apabila peledak sensasi, Kylian Mbappe menerima hantaran Dani Ceballos sebelum atasi Ederson di pintu gawang Man City.

Pada minit ke-80, Haaland sekali lagi muncul penjaring buat Man City setelah tenang sempurnakan sepakan penalti bagi tuan rumah mendahului aksi buat kali kedua di penghujung permainan.

Keceriaan kem tuan rumah itu tidak bertahan lama dengan Madrid berjaya mencetak gol kedua menerusi Brahim Diaz yang menyambar bola muntah percubaan Vinicius 6 minit kemudian.

Ketika aksi tampak berakhir seri, Jude Bellingham bergelar wira Real Madrid dengan jaringan kemenangan ketika masa tambahan setelah menerima hantaran daripada Vinicius Jr.

Aksi di Stadium Etihad berakhir dengan keputusan 3-2 memihak Real Madrid.

Perlawanan timbal balik di Santiago Bernabeu dijadualkan akan berlangsung pada 20 Februari hadapan.