8 kelab gergasi Eropah mengesahkan tempat ke suku akhir UEFA Champions League (UCL) 2025-2026.
Saingan UCL kini memasuki peringkat suku akhir dengan 8 daripada 16 pasukan yang berhasil layak ke pusingan kalah mati akan meneruskan langkah untuk bergelar juara Eropah musim ini.
Sepanyol muncul negara dengan wakil terbanyak di peringkat suku akhir ini apabila 3 kelab gergasi LaLiga berjaya melepasi pusingan 16 terakhir iaitu Real Madrid, Barcelona dan Atletico Madrid.
Ketiga-tiga kelab Sepanyol ini masing-masing menyingkirkan cabaran wakil Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Manchester City, Newcastle United dan Tottenham Hotspurs untuk layak ke suku akhir.
Walau bagaimanapun, perjuangan pasukan dari EPL ini masih belum berakhir apabila Arsenal dan Liverpool akan membawa cabaran ke peringkat seterusnya apabila menewaskan lawan masing-masing.
Bayern Munich dan PSG menepati ramalan peminat selepas dengan mudah menumpaskan Atalanta serta Chelsea selain Sporting Lisbon yang menjadi wakil tunggal kelab Portugal.
Pusingan suku akhir UCL nanti akan menemukan PSG dan Liverpool sementara Real Madrid akan menentang Bayern Munich bagi menentukan pemenang tiket ke separuh akhir UCL.
Dua lagi perlawanan suku akhir menyaksikan pertembungan antara dua kelab LaLiga iaitu Barcelona dan Atletico Madrid sementara Arsenal pula bakal berdepan tentangan Sporting Lisbon.
Aksi suku akhir pertama UCL dijadualkan bakal berlangsung pada 8 April ini sebelum perlawanan timbal balik kedua akan diadakan seminggu kemudian untuk merebut 4 slot bermain di separuh akhir.
Sporting Lisbon vs Arsenal.
FC Barcelona vs Atletico Madrid.
Real Madrid vs Bayern Munich.
PSG vs Liverpool.
Arsenal vs Sporting Lisbon.
Atletico Madrid vs FC Barcelona.
Bayern Munich vs Real Madrid.
Liverpool vs PSG.