Kedah Darul Aman menghadapi ujian berganda mengharungi perjalanan MFL Challenge Cup 2024.
Skuad kendalian Victor Andrag bakal berdepan cabaran KL Rovers pada 13 Disember jam 9 malam selepas tersingkir dari aksi Piala Malaysia dan melakar kemenangan mudah 3-0.
Kekalahan di tangan KL City memberi tamparan hebat terutamanya dalam misi menjulang satu trofi domestik musim ini.
Sang Kenari bakal berjuang tanpa khidmat peledak berbisa, Syafiq Ahmad yang kini bersama Harimau Malaya manakala beberapa pemain utama telah meninggalkan pasukan.
Kapten Kedah, Sony Norde menjadi pemain terbaru yang menyusuli langkah pengendali, Nafuzi Zain untuk meninggalkan pasukan.
Perkara ini diburukkan lagi apabila Syafiq kini mengalami kecederaan ketika membantu skuad kebangsaan untuk menewaskan Timor Leste dengan keputusan 3-2.
Penang dan KL Rovers menanti Sang Kenari bagi dua aksi berikutnya masing-masing pada 18 dan 22 Disember ini.