Ads
Dunia
FA Malaysia

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menzahirkan keterujaan melihat para pemain Harimau Malaya menampilkan prestasi terpuji semasa perlawanan persahabatan tempoh hari. 

Advertisements

Beliau menjelaskan formasi berbeza yang diterapkan dalam kem kali ini dapat difahami dengan baik para oleh pemain. Mereka dapat menyesuaikan diri dan bermain sepenuh jiwa ketika di atas padang. 

Advertisements

“Kali ini saya cuba untuk mela­kukan formasi yang berbeza (3-4-3), tetapi saya berpendapat ini bukanlah perkara utama yang perlu diberi perhatian. Apa yang penting bagi saya adalah pemain dapat menyesuaikan diri.”

Advertisements

Advertisements

Dalam pada itu jurulatih dari Korea Selatan ini gembira melihat Harimau Malaya tampil dengan lebih dinamik dan menguasai permainan. Konsistensi serta kesungguhan skuad kali ini wajar sekali diberi pujian. 

“Saya juga gembira melihat pres­tasi pemain yang kekal agresif, mempamerkan corak permainan dinamik, selain me­nguasai perlawanan. Justeru, saya tidak merungut dengan apa yang mereka sumbangkan kerana semua memberikan seratus peratus,” kata Kim Pan-gon kepada Kosmo.

Advertisements
Advertisements

Malaysia bakal Hong Kong, dalam siri perlawanan persahabatan Rabu kelak. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu bakal menjadi medan ujian akhir buat skuad Kim Pan-gon sebelum beraksi di kempen Kelayakan Piala Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram