Usikan Manja De Paula Kepada Daniel Ting Tentang Kenangan Lama

Daniel Ting De Paula Usikan Manja De Paula Kepada Daniel Ting Tentang Kenangan Lama
Johor Southern Tigers

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Daniel S. Ting telah memuatnaik satu hantaran di Instagram miliknya pada semalam.

Hantaran tersebut dikongsikan Daniel Ting dengan beberapa kepingan gambar ketika beliau menyarung jersi bekas pasukannya, KL City FC. Daniel Ting dalam hantaran tersebut telah menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kelab, rakan sepasukannya serta para penyokong KL City.

Bagi Daniel, musim lepas merupakan satu musim terbaik dan beliau berbangga dapat bersama marangkul kejuaraan. Musim lepas, Daniel Ting berjaya membawa KL City menjuarai Piala Malaysia 2021. 

“Sudah lama tertangguh tetapi kepada semua yang bersama KL City tahun lepas, terima kasih. Musim yang luar biasa, saya bangga menjadi sebahagian daripadanya,” ujar Daniel Ting. 

Apa yang lebih menarik, hantaran tersebut telah mendapat perhatian rakan sepasukannya di JDT, Guilherme De Paula yang meninggalkan satu kata-kata di ruangan komen, mengusik manja Daniel Ting. Kata Paula, 

Delete, you are in JDT bodoh hehehe,” tulis Paula. 

Komen spontan penyerang naturalisasi kebangsaan ini sekaligus mendapat maklum balas ramai pihak.