Legenda Manchester United, Robin Van Persie meluahkan kehairanan dengan keputusan pemain muda berbakat Belanda, Mees Hilgers yang memilih untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Indonesia.
Bagi Van Persie, Hilgers perlu lebih bersabar dan tidak mustahil pengendali skuad kebangsaan Belanda, Ronald Koeman akan memberi peluang buat Hilgers menyarung jersi The Oranje.
“Saya sedikit tertanya-tanya mengapa dia akhirnya memilih Indonesia. Jika dia boleh bersabar sedikit lagi, mungkin Ronald Koeman akan memanggilnya ke skuad Belanda,” jelas Van Persie seperti dipetik stpdotcom.
Dengan usianya yang baru 23 tahun, Van Persie menganggap Hilgers mempunyai masa depan bola sepak yang cerah di Belanda.
“Dia memiliki bakat yang luar biasa dan usianya masih sangat muda. Dengan prestasi yang terus meningkat di Eredivisie, saya yakin dia memiliki masa depan yang cerah dalam arena bola sepak di Belanda,” tambahnya.
Mees Hilgers tidak berseorangan untuk menjadi pemain warisan terbaru Indonesia, ini kerana, seorang lagi pemain berbakat iaitu Eliano Reijnders turut ikut serta bersetuju mewakili Indonesia dalam kancah antarabangsa.