Stadium MBPJ bakal menjadi venue aksi final kedua MFL Challenge Cup 2024/25.
Keputusan itu diumumkan oleh Malaysian Football League (MFL) menerusi satu kenyataan hari ini. Sebelum ini, ramai menjangkakan aksi final kedua bakal berlangsung di Stadium Selayang.
MFL memaklumkan permohonan menukar venue aksi final kedua dibuat PDRM FC yang juga juara bertahan MFL Challenge Cup.
Permohonan tersebut dibuat pengurusan The Cops kerana melihat Stadium MBPJ memenuhi kriteria dan piawaian yang sesuai sebagai venue aksi final.
Susulan itu, MFL meluluskan permohonan PDRM FC. Meskipun aksi final kedua diadakan di Stadium MBPJ, The Cops akan kekal beraksi sebagai tuan rumah.
PDRM berharap dapat mengatasi defisit satu gol menjelang aksi final kedua pada 22 Februari ini. Ini selepas Selangor FC meraih kemenangan 3-2 dalam aksi final pertama pada 15 Februari.
Meskipun dipaksa bermain dengan 10 pemain, Selangor menyumbat tiga gol menerusi Alvin Fortes dan Ali Olwan. PDRM membalas menerusi Shahrel Fikri Md. Fauzi dan Badrul Affendy Mohd Fadzli.