[Video] Aksi ‘Lain Macam’ Azri Ghani Menyelamatkan Gawang Sampai Terkena Kad Kuning
TV
FA Malaysia
Advertisements

Kecemerlangan penjaga gol bawah 23 tahun negara, Azri Ghani yang bekerja keras sepanjang 90 minit permainan dalam aksi menentang Mongolia hari ini harus diberi pujian.

Pemain berusia 21 tahun ini tenang mengawal gawang Malaysia sungguhpun seringkali berhadapan dengan serangan balas pantas yang direncanakan oleh pasukan tuan rumah bagi menembusi gawang yang dikawal rapi olehnya.

Namun begitu, beliau tidak mensia-siakan peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih, Brad Maloney apabila menampilkan aksi yang cukup baik dalam dua perlawanan setakat ini.

Advertisements

Pada aksi menentang Mongolia hari ini, Azri sekali lagi mencuri tumpuan peminat bola selak tempatan apabila beliau berusaha sebaik mungkin untuk memastikan gawang pasukan tidak bolos namun terdapat sedikit salah faham yang berlaku antara barisan pemain pertahanan yang memaksa beliau melakukan tindakan luar kawalan.

Ketika berhadapan dengan serangan oleh pasukan lawan, pemain pertahanan tengah, Harith Haiqal ketika satu hantaran jauh yang cuba direncanakan oleh pemain pertahanan Mongolia hampir mengundang padah buat pemain negara selepas Azri terpaksa keluar dari posisinya untuk menyelamatkan keadaan.

Sungguhpun begitu, tindakan yang cuba dilakukan oleh penjaga gol Perak ini hampir membawa padah apabila tangkapan yang dilakukannya sedikit terkeluar daripada kawasan penalti yang berjaya dikesan oleh penjaga garisan.

Advertisements

Ini menyebabkan pengadil perlawanan memberikan layangan kad kuning ketiga kepada pemain negara dalam perlawanan tersebut.

Pasukan negara terselamat apabila sepakan percuma tersebut tidak tepat ke sasaran.

Video aksi Azri Ghani dikenakan kad kuning pada minit ke-44 perlawanan:

Advertisements
https://youtu.be/b1as3NQhuY8?t=4700

Beliau juga turut menafikan beberapa percubaan terutamanya selepas Malaysia berjaya merobek gawang lawan menerusi jaringan cantik yang disudahkan oleh Azfar Fikri pada minit ke-40.

Ini sekaligus menghadiahkan kemenangan kedua kepada skuad negara dalam usaha untuk memperoleh kedudukan yang selesa sebelum bertemu Thailand pada perlawanan terakhir nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram