Video Jaringan Wan Kuzri Yang Mengasyikkan Bersama Akron Zips
Dunia
Instagram @zipsmsoccer
Advertisements

Wan Kuzri Wan Kamal berjaya menjaringkan gol dalam debutnya bersama Akron Zips untuk satu perlawanan bola sepak NCAA Divisyen 1 di Padang Latihan Stadium FirstEnergy di Cleveland, Ohio.

Jaringan lewat permainan Wan Kuzri pada minit ke-83 memastikan Akron Zips satu mata berharga menentang Universiti Xavier.

Wan Kuzri diperkenalkan secara rasmi oleh Akron Zips sebagai salah seorang dari 13 muka baru yang dipilih mewakili pasukan bola sepak universiti di Ohio terbabit.

Advertisements

Sebelum ini Wan Kuzri Wan Kamal dikhabarkan bakal dipanggil sertai kem latihan pusat skuad bawah 20 tahun negara di Dubai.

Selepas menjaringkan gol, beliau berlari ke kiri padang kemudian menukar arah ke kanan padang sekaligus mencipta situasi huru hara dan menggembirakan buat semua pemain dan penyokong Akron Zips.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram