Wan Kuzri Jaringkan Gol Dalam Aksi Pertamanya Bersama Akron Zips
Dunia
Advertisements

Wan Kuzri Wan Kamal berjaya menjaringkan gol dalam aksi pertamanya bersama Akron Zips dalam satu perlawanan bola sepak NCAA Divisyen 1 di Padang Latihan Stadium FirstEnergy di Cleveland, Ohio.

Jaringan lewat permainan Wan Kuzri pada minit ke-83 memberikan pasukan tuan rumah 1 mata berharga menentang Universiti Xavier.

Perlawanan berkesudahan dengan kedua-dua pasukan seri 1-1.

Advertisements

Sementara itu Wan Kuzri gembira dengan aksi pertamanya bersama Akron Zips.

“Keputusan yang agak mengecewakan namun saya gembira dengan langkah pertama saya.” Jelas Wan Kuzri di Instagramnya.

Wan Kuzri diperkenalkan secara rasmi oleh Akron Zips sebagai salah seorang dari 13 muka baru yang dipilih mewakili pasukan bola sepak universiti di Ohio terbabit.

Advertisements

Sebelum ini dua pemain muda negara yang berpangkalan di Eropah dan Amerika Syarikat, Luqman Hakim Samsuddin dan juga Wan Kuzri Wan Kamal dikhabarkan bakal menyertai kem latihan pusat skuad bawah 20 tahun negara di Dubai.

Baca: Luqman Hakim Dan Wan Kuzri Perkuat Skuad Bawah 20 Tahun Negara

Video rangkuman perlawanan menyusul kemudian. Pastikan anda ikuti Facebook, Twitter, Telegram, dan Instagram MakanBola untuk kemas kini lebih pantas.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram