Video Lama Keadaan Padang SNBJ Ditularkan Mengelirukan Orang Ramai
Piala Malaysia
FA Malaysia
Advertisements

Menjelang aksi final Piala Malaysia 2023 di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC pada Jumaat ini, situasi padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) mula menjadi topik hangat.

Persoalan telah timbul dikalangan peminat bola sepak tempatan adakah padang di SNBJ sempat bersedia sepenuhnya menjelang aksi tumpuan tersebut?

Ini kerana, baru-baru ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail telah berkongsi keadaan terkini padang SNBJ di laman X milik baginda.

Advertisements

Beberapa foto terkini telah dimuatnaik baginda TMJ yang memperlihatkan keadaan padang sedikit kekuningan selepas padang tersebut digunakan untuk penganjuran konsert kumpulan Coldplay pada 22 November yang lalu.

Terkini, satu video telah tular di media sosial yang memaparkan beberapa orang pertugas stadium sedang menabur sesuatu di atas padang SNBJ. Video tersebut menjadi tumpuan ramai dan telah dikongsikan beberapa penyokong.

Advertisements

Namun begitu, selepas diselidik, video yang tular itu adalah video lama yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Tiktok, Zoro dan diambil ketika sebelum berlangsungnya Kejohanan Pestabola Merdeka pada Oktober lalu.

Video berdurasi 18 saat itu telah dimuatnaik pada 17 Oktober yang lalu dan dengan penularan video tersebut, ianya sedikit sebanyak mengelirukan peminat bola sepak tanah air. Sehingga kini, masih belum perkembangan terkini berkenaan padang SNBJ menjelang aksi final Jumaat ini.

Advertisements

Untuk rekod, pada tahun 2022, Tunku Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran Tengku Mahkota Johor (TMJ) telah bermurah hati untuk menaja kos penanaman rumput baharu jenis Zeon Zoysia untuk menggantikan rumput jenis cowgrass yang sudah lama digunakan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram