Video Pelancaran Jersi JDT Catat Lebih 1 Juta Tontonan
Liga Super
JDTTV
Advertisements

Seperti sesetengah pasukan Liga Super lain, Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menggunakan medium video untuk memperkenalkan jersi baru mereka untuk Liga Malaysia (Liga M) musim 2023. Tetapi tiada siapa menyangka video pelancaran jersi mereka mencatat lebih sejuta tontonan di media sosial.

Menurut pengurusan kelab, rekod tontonan tersebut merupakan yang paling tinggi pernah dicatatkan jika dibandingkan dengan video-video pelancaran jersi lain sejak JDT ditubuhkan pada 2013.

Video pengenalan jersi baru JDT buatan Nike yang turut menampilkan bintang-bintang pasukan itu seperti Bergson da Silva, Arif Aiman Hanapi dan penjaga gol Syihan Hazmi Mohamed mendapat tontonan tinggi di setiap platform media sosial.

Advertisements

Di Instagram sahaja, video tersebut merekodkan lebih sejuta tontonan. Sementara di Facebook, Twitter, YouTube dan TikTok, masing-masing merekodkan 202,000, 66,000, 60,000 dan 35,000 tontonan.

Bilangan tontonan ini bukan sekadar menunjukkan kedudukan JDT sebagai gergasi bola sepak tanah air. Malah, ini menunjukkan Harimau Selatan mempunyai tarikan komersial yang kuat sehingga menjadi ikutan penyokong-penyokong bola sepak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram