Advertisement
Video: Safawi Rasid Catat ‘Assist’ Kedua Bersama Ratchaburi
Asia Tenggara
MakanBola
Ais Play

Pemain sayap Ratchaburi FC, Safawi Rasid mencatatkan bantuan gol keduanya di Thailand semalam.

Bintang Harimau Malaya berusia 26 tahun itu sekali lagi mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Xavi Moro untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan.

Usaha beliau untuk membantu pasukan bermula seawal minit pertama di Stadium PAT apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu BG Pathum.

Setelah ketinggalan, anak jati kelahiran Terengganu ini cuba melakukan beberapa gerakan yang akhirnya membuahkan hasil.

Percubaan pemain pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT) dari luar kotak penalti terkena tiang sebelum singgah di kaki P. Sueasakul untuk gol pertama The Dragons pada minit ke-29.

Namun begitu, ia tidak cukup untuk menghalang pasukan tuan rumah apabila mereka tumpas dengan jaringan 2-1.

Ini juga merupakan assist kedua Safawi di Thailand setelah melakukannya dalam kejohanan ini pada aksi lalu.

Selepas beraksi 14 perlawanan, beliau sudah berjaya menjaringkan satu gol dan merekodkan dua bantuan gol bersama Ratchaburi.

Video gol Safawi Rasid: SNE Sports