Vietnam Bakal Bertemu Borussia Dortmund
Dunia
VFF
Advertisements

Sebagai persiapan menghadapi Piala Mitsubishi Electric AFF 2022, Vietnam telah mengatur perlawanan persahabatan dengan gergasi Bundesliga, Borussia Dortmund.

Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Nasional My Dinh pada 30 November ini. Ia dianggap medan terbaik buat jurulatih Park Hang-seo untuk menguji taktik dan pemain baru yang menyertai pasukan kebangsaan Vietnam.

Dortmund yang dibimbing Edin Terzic dijangka membawa ramai pemain terbaik mereka untuk jelajah kelab di Asia. Jelajah ini dijangka berlangsung dari 21 November hingga 1 Disember ini.

Advertisements

Tetapi ada pemain yang takkan turut serta disebabkan terikat dengan tugasan Piala Dunia 2022 di Qatar bersama pasukan kebangsaan masing-masing.

Tiket perlawanan akan mula dijual mulai esok, satu perkara yang dinantikan penyokong fanatik Vietnam.

Advertisements

Selain Vietnam, juara lapan kali Bundesliga itu akan turut berdepan Lion City Sailor di Singapura dan dua kelab Indonesia, Persib Bandung dan Persebaya Surabaya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada dua perlawanan di Indonesia dapat diteruskan atau tidak susulan tragedi Kanjuruhan beberapa minggu sebelumnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram