Vietnam Hantar 14 Pemain Senior Kerana Malaysia
Asia
VFF
Advertisements

Skuad bawah 23 (B-23) tahun Vietnam dijangka bakal memberi kesukaran buat pasukan Malaysia di Piala Asia B-23 Qatar selepas difahamkan membawa 14 pemain senior.

Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) baru-baru ini telah mengumumkan senarai awal 28 pemain yang bakal membawa cabaran Vietnam di Qatar.

Daripada 28 pemain yang dipanggil jurulatih, Hoang Anh Tuan, 14 daripadanya telah mendapat penampilan di peringkat senior. Perkara tersebut dikongsikan oleh laman bola terkemuka Asia, Asean Football di laman X.

Advertisements

“Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) mengumumkan senarai awal 28 pemain Vietnam B-23 untuk Piala Asia AFC B-23 2024. Dalam senarai itu, terdapat 14 pemain yang telah dipanggil ke pasukan kebangsaan Vietnam. 1

“16 pemain daripada 28 pemain boleh menyertai (satu edisi lagi) Piala Asia U23 AFC pada 2026,” kongsi Asean Football di laman X.

Pengalaman menggunung yang dimiliki skuad muda Vietnam kali ini sudah pasti bakal menjadi tonik terbaik untuk mencipta kejutan dalam saingan Piala Asia B-23.

Advertisements

Pada kejohanan di Qatar itu nanti, Vietnam diletakkan di dalam kumpulan D bersama-sama tiga lagi negara iaitu Malaysia, Uzbekistan dan Kuwait.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram