Vietnam Lebih Selesa Taktikal Bertahan Hadapi Ancaman Malaysia
Dunia
Anh Thu
Advertisements

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo akui Malaysia memiliki rekod jaringan gol yang baik dan mungkin akan menerapkan permainan bertahan hadapi ancaman serangan Malaysia.

“Dalam perlawanan sebelum ini, Malaysia kerap menggunakan formasi 3-4-3, menggunakan 3 pertahanan. Dalam perlawanan seterusnya (separuh akhir), saya tidak pasti apa formasi bakal mereka gunakan. Kami menyediakan beberapa perancangan untuk memperoleh hasil terbaik.

“Jika dilihat pada statistik, mereka menjaringkan 9 gol dan turut bolos 6. Mereka memiliki prestasi menjaringkan gol yang baik, secara umumnya 2 jaringan untuk setiap perlawanan tetapi turut bolos 1.8 gol setiap perlawanan.

Advertisements

“Jika kami bertahan dengan baik, tidak bolos dan menjaringkan gol, kami akan menang,” jelas Park Hang-seo kepada Sport5 Vietnam.

Dalam perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini, skuad bawah 23 tahun Malaysia yang dikendalikan Brad Maloney berjaya memperoleh banyak jaringan namun turut menghadapi masalah melepaskan gol kepada pihak lawan.

Park Hang-seo yang turut mengetuai skuad senior Vietnam terkenal dengan variasi taktikal menghadapi pelbagai jenis perlawanan selain berjaya menerapkan disiplin tinggi kepada barisan pertahanan Vietnam.

Advertisements

Vietnam turut memiliki kelebihan melakukan serangan balas dan konsisten menjaringkan gol menerusi serangan balas sejak diambil alih jurulatih dari Korea Selatan tersebut pada tahun 2017.

Malaysia bakal bertemu Vietnam dalam aksi separuh akhir Sukan Sea 2021 pada Khamis, 19 Mei 2022 jam 8.00 malam waktu Malaysia di Stadium Viet Tri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram