Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Dua buah negara handalan bola sepak Asia, Vietnam dan Palestine memintas kedudukan Malaysia bagi nilai pasukan selepas Piala Asia 2023.

Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi kempen yang agak cemerlang selepas memungut satu mata hasil keputusan seri berdepan Korea Selatan.

Harimau Malaya mara ke Qatar dengan menghuni tangga ke-19 Asia selaku pasukan paling bernilai dengan 6.73 Juta Euro (RM31.5 Juta).

Advertisements

Nilai ini mengatasi dua pencabar terdekat iaitu Palestine iaitu 6.50 Juta Euro (RM30.45 Juta) dan Vietnam dengan 6.33 Juta Euro (RM29.65 Juta).

Kedudukan Malaysia bagaimanapun dipintas menerusi kemas kini nilai skuad yang dikeluarkan oleh laman Transfermarkt.

Kemas kini terbaru menyaksikan nilai semasa skuad Vietnam meningkat kepada 7.35 Juta Euro (RM34.43 Juta) sementara Palestine juga meningkat kepada 7.03 Juta Euro (RM33 Juta).

Advertisements

Skuad kebangsaan bagaimanapun mencatatkan peningkatan nilai skuad kepada 6.78 Juta Euro (RM31.7 Juta) setakat ini.

D22D31F0 B287 4068 8A7E 15AF95FF1E8E 1 Vietnam & Palestine 'Pintas' Kedudukan Malaysia

Malaysia bakal meneruskan perjalanan untuk menempuhi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang pasukan ke-80 dunia, Oman pada 22 dan 26 Mac 2024.

Harimau Malaya bagaimanapun mendapat tonik terbaik selepas menundukkan Nepal dengan keputusan 5-1 pada 15 Mac 2024 sebelum berlepas ke Oman.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram