Vietnam Kini Sudah Berbeza
Asia Tenggara
MakanBola
VFF
Advertisements

Kekalahan 0-2 kepada China dalam aksi persahabatan antarabangsa semalam bukanlah pengakhiran buat Vietnam. Ini kerana, pasukan di bawah kendalian Philippe Troussier itu masih lagi dalam penstrukturan semula.

Umum mengetahui, Park Hang-seo adalah jurulatih yang telah memberikan banyak kejayaan buat Vietnam terutamanya dalam kejohanan asia tenggara. Namun selepas kehadiran Troussier, jurulatih dari Perancis itu mahu mengubah cara Vietnam bermain.

Advertisements

Troussier kini dalam proses mengubah corak permainan bertahan dan serangan balas pantas yang diterapkan Vietnam sejak di bawah kendalian Park Hang-seo. Kini beliau dalam usaha menerapkan falsafah penguasaan bola dan menyerang.

Perubahan falsafah itu adalah bertujuan untuk memberikan saingan yang lebih hebat di kalangan negara-negara lain terutamanya negara asia selain memantapkan pasukan menjelang kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

“Saya menekankan betapa pentingnya corak permainan dan keupayaan pemain mencipta sebanyak mungkin peluang menjaringkan gol sambil mengekalkan pergerakan bola yang lancar di atas padang.

“Kami perlu fokus untuk menonjolkan aspek positif. Saya juga bimbang dengan keputusan kerana ketiga-tiga lawan (China, Uzbekistan dan Korea Selatan) yang akan datang lebih kuat daripada pasukan Vietnam,” jelas Troussier seperti dilaporkan Vietnamnews.

Advertisements

Vietnam akan meneruskan aksi persahabatan menentang Korea Selatan pada 17 Oktober ini. Perlawanan menentang Uzbekistan yang dijadualkan pada 13 Oktober ini akan dibuat secara tertutup memandangkan FIFA tidak mengiktiraf perlawanan tersebut dan dijadikan sebagai perlawanan latihan buat kedua-dua pasukan.

Advertisements

News Comments Account