Vietnam vs Malaysia: Skuad Wanita Negara Tewas Kepada Vietnam

Malayan Tigress B 19 Vietnam Kejohanan AFF B 19 Wanita FA Malaysia Vietnam vs Malaysia: Skuad Wanita Negara Tewas Kepada Vietnam
FA Malaysia
Azim Noor @mohdazim45
6:42pm 10/07/2023

Skuad bawah 19 tahun wanita Malaysia gagal layak ke separuh akhir Kejohanan AFF B-19 Wanita selepas dibelasah Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan B hari ini.

Vietnam mendominasi babak pertama menerusi sepakan penalti Vu Thi Hua pada minit ke-21 dan Ngoc Minh Chuyen (minit ke-25).

Bersambung pada babak kedua, Minh Chuyen menambah derita anak-anak buah Cameron Ng menerusi gol pada minit ke-53.

Anak-anak buah Ijiri Akira makin selesa di hadapan menerusi Nguyen Thuy Linh (minit ke-67) dan Hoang Thi Ngoc Anh (minit ke-79).

Minh Chuyen melengkapkan kecemerlangan Vietnam menerusi hatrik pada minit ke-88. Keputusan 6-0 kekal sehingga wisel penamat.

Keputusan ini melayakkan Vietnam ke separuh akhir kejohanan di mana mereka bakal bertemu pemenang Kumpulan C pada 13 Julai ini.

Thailand dan Vietnam bakal menentukan siapa pemenang kumpulan tersebut menerusi aksi terakhir kumpulan yang berlangsung esok.