Impak ‘Dalam Diam’ Wan Kuzain Bantu St Louis Kutip 3 Mata Penuh

Kuzain St Louis Impak ‘Dalam Diam’ Wan Kuzain Bantu St Louis Kutip 3 Mata Penuh
Wan Kuzain
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Pemain tengah pasukan St louis City SC, Wan Kuzain Wan Kamal memperagakan aksi yang cukup berkualiti tinggi ketika membantu pasukannya mencatat kemenangan bermakna ke atas Tacoma Defiance.

Kuzain sekali lagi mendapat kepercayaan oleh barisan kejurulatihan pasukan baharunya itu apabila menjadi tunjang utama untuk merakam kemenangan dengan keputusan 4-3.

Pemain berusia 23 tahun itu menampilkan aksi yang cukup tenang dan bersahaja apabila kelibatnya membantu barisan serangan untuk mencetak gol.

Sungguhpun pasukan tuan rumah ketinggalan seawal minit ke-11 permainan, namun kepantasan barisan serangan untuk segera bertindak dan melakukan serangan balas nyata membuahkan hasil.

Gerakan menarik yang direncanakan membawa kepada gol pertama pasukan yang dijaringkan oleh Akil Watts sebelum Celio Pompeu meletakkan St Louis di hadapan.

Bersambung babak kedua, St Louis terus mempamerkan kehandalan di hadapan gawang apabila meledak dua lagi gol selain gerakan mengelirukan Kuzain yang bijak untuk meloloskan diri ke dalam kotak penalti lawan.

Beliau dikeluarkan pada minit ke-74 untuk memberi ruang kepada rakan sepasukan meneruskan perjuangan di atas padang.

Impak yang dibawa oleh pemain kelahiran Amerika-Malaysia jelas membantu pasukan untuk terus mengekalkan rentak kemenangan pasukan.