Wan Kuzain Meledak Lagi Bersama St. Louis
Dunia
MLS Soccer
Advertisements

Pemain tengah pasukan St Louis City FC, Wan Kuzain Wan Kamal terus menjadi watak penting buat pasukan baharunya itu apabila mencatat nama selaku penjaring ketika menewaskan Indy Eleven dengan keputusan 2-0.

Beliau yang diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan meneruskan prestasi cemerlangnya sejak awal musim apabila memperagakan aksi yang cukup meyakinkan.

Perancang berusia 23 tahun itu beberapa kali melakukan gerakan yang cukup menarik untuk membantu pasukan memperoleh ruang bagi menjaringkan gol.

Advertisements

Bukan itu sahaja, ketenangan yang ditampilkan oleh pemain kelahiran Amerika-Malaysia ini jelas menjadi tunjang pasukannya apabila mengawal tempo perlawanan dengan cukup baik.

Kuzain jelas dapat melihat hantaran yang dilakukan oleh rakan sepasukan sebelum keadaan kelam kabut di dalam kawasan Indy Eleven dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Beliau berjaya melepaskan satu rembatan cantik selepas barisan pertahanan lawan gagal mengawal kelibatnya yang meluru masuk untuk menjaringkan gol kedua pasukan.

Advertisements

Gol beliau itu telah mengesahkan kemenangan dalam pusingan kedua Piala Terbuka US itu untuk membawa pasukan melangkah ke pusingan ketiga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram