Wan Kuzain Meledak Lagi Di Amerika Syarikat
Dunia
kuzain7
Advertisements

Pemain berdarah Malaysia yang kini beraksi di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal mencuri perhatian selepas beliau berjaya menjaringkan gol menarik untuk membantu pasukannya St Louis City SC 2 menewaskan North Texas SC dengan keputusan 2-0 sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Wan Kuzain diturunkan dalam kesebelasan utama dan beliau menghasilkan gol tersebut pada minit ke-70 permainan melalui satu rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti. Sebelum itu, pasukannya mendahului 1-0 selepas Vitor Dias meledak pada separuh masa pertama.

Gol yang dijaringkan oleh Wan Kuzain itu merupakan gol ketiga beliau pada musim ini selepas beliau beraksi 15 perlawanan untuk pasukannya. Selain tiga gol yang dijaringkan, beliau turut menyumbang tiga bantuan gol untuk musim ini.

Advertisements

Kuzain merupakan pemain yang dibawa masuk ke St Louis City SC pada awal musim ini selepas beliau meninggalkan kelab RGV Toros yang diwakilinya musim lalu.

Nama Wan Kuzain sebelum ini hangat diperkatakan untuk menyarung jersi Harimau Malaya namun sehingga kini masih tiada info terkini berkenaan perkara tersebut. Beliau pernah menjalani latihan bersama skuad bawah 23 tahun negara untuk ke Sukan Sea 2019 namun disebabkan masalah dokumentasi, nama Kuzain tekah digugurkan dari skuad Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram