Pemain Malaysia yang beraksi di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal sekali lagi mengejutkan peminat bola sepak tanah air apabila sekali lagi meledak gol buat kelabnya St. Louis City SC 2.
Gol yang dihasilkan Kuzain itu merupakan gol penyamaan buat pasukannya yang ketinggalan satu gol kepada pasukan tuan rumah, Vancouver 2.
Dalam aksi tersebut, Wan Kuzain meledak pada minit ke-13 permainan. Beliau menerima hantaran daripada rakan sepasukannya sebelum memperdaya penjaga gol pasukan lawan untuk menjadikan kedudukan terikat 1-1.
Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan besar buat St. Louis City SC 2 yang membenam Vancouver FC 2 dengan keputusan 4-1. Wan Kuzain telah dikeluarkan pada minit ke-72 perlawanan.
Jaringan yang dihasilkan Kuzain itu merupakan jaringan ketujuh beliau musim ini dan beliau merupakan pemain kesebelasan utama pasukannya.
Sebelum ini, jurulatih pasukan Malaysia, Kim Pan-gon ada ditanyakan mengenai peluang pemain-pemain yang beraksi luar dari Malaysia untuk menyarung jersi Harimau Malaya. Namun Pan-gon memberi bayangan mungkin ada peluang buat Kuzain pada masa hadapan.