Wan Kuzain Ucap Tahniah Pada FAM
Dunia
Stlcitysc
Advertisements

Aksi terakhir saingan Kumpulan E menyaksikan Malaysia berjaya menewaskan Bangladesh dengan keputusan 4-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan Malaysia mencatat sejarah, melayakkan diri ke pentas Piala Asia 2023.

Kemenangan Malaysia ini telah mencuri perhatian pemain sensasi ST Louis City, Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal dengan melontarkan ucapan tahniah menerusi laman Twitter miliknya kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Walaupun masih belum mendapat peluang untuk menyarung jersi Malaysia, Wan Kuzain tetap memberi semangat kepada skuad Harimau Malaya kerana beliau pernah menjalani latihan bersama skuad kebangsaan sebelum ini.

Advertisements

Khidmat pemain muda Malaysia-Amerika, Wan Kuzain yang kini ditagih pasukan ketika banyak membantu memburu kemenangan buat St. Louis City dan kemampuan yang dimiliki juga memastikan beliau menjadi watak penting dalam pasukan.

Kini pasukan yang diwakili Kuzain itu sedang berada dalam kedudukan kelima saingan liga selepas sepuluh perlawanan.

Sebagai rekod, Wan Kuzain pernah dipanggil menyertai skuad kebangsaan bawah 22 (B-22) tahun pada 2019 bagi menghadapi Sukan SEA.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram