Pemain muda baharu UM-Damansara, Wan Kuzri berjaya meledak gol pertama di Liga Malaysia bagi musim 2025/26.
Wan Kuzri tiba di pasukan UM-Damansara sebagai status pemain pinjaman dari kelab Liga Super iaitu Negeri Sembilan pada Januari lalu.
Wan Kuzri telah melakukan penampilan pertama bersama UM-Damansara ketika menentang Malaysian University pada 30 Januari lalu apabila beliau dimasukkan dalam babak kedua aksi.
Beliau menjaringkan gol pertamanya bersama UM-Damansara ketika perlawanan Liga A1 Semi-Pro minggu ke-20 menentang Armed Forces pada 10 Februari.
Wan Kuzri merobek gawang pasukan Armed Forces pada minit ke-26 hasil rembatan kencang dalam kawasan kotak penalti pasukan tersebut.