Pemain tengah Malaysia, Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal menyertai UM-Damansara secara pinjaman selepas berpindah ke Negeri Sembilan FC.
Perpindahan pinjaman pemain tengah berusia 23 tahun itu disahkan pengurusan kelab Liga A1 Semi-Pro itu dalam satu kenyataan.
“Kami telah mengesahkan perpindahan pinjaman Wan Kuzri dari Negeri Sembilan hingga akhir musim 2025/26,” kata kelab dalam satu kenyataan.
Perpindahan Wan Kuzri merupakan sebahagian daripada strategi Negeri Sembilan memperkuat pasukan dengan merekrut pemain muda meningkat naik.
Sang Rusa melihat pemain seperti beliau mampu memberi nilai tambah kepada pasukan itu pada masa depan.
Atas sebab itu, pengurusan Negeri Sembilan menghantar Wan Kuzri beraksi secara pinjaman bersama UM-Damansara.
Ini kerana ini bukan saja akan membantunya beradaptasi dengan corak bola sepak Liga Malaysia (Liga M). Malah, ini membantu Wan Kuzri mendapatkan minit permainan penting.
Wan Kuzri menjadi rekrut terbaru Sang Rusa selepas Kei Oshiro, Oday Kharoub, Anuar Ceesay dan Amirul Adli Azmi.