Ads
Eropah
Akron Zips Men’s Soccer

Nama bintang muda Malaysia yang beraksi di Amerika Syarikat, Wan Kuzri Wan Kamal kembali menjadi sebutan di media sosial baru-baru ini.

Advertisements

Ini selepas pemain tengah berusia 22 tahun itu meledakkan gol penyamaan buat pasukan Akron Zips dalam aksi pembukaan ACC Men’s Soccer 2024 pada 22 Ogos lalu.

Advertisements

Wan Kuzri kembali beraksi bersama pasukan universitinya, University of Akron selepas tamat tempoh pinjaman bersama pasukan USL League Two, St. Charles FC.

Advertisements

Advertisements

Pada awalnya, The Zips ketinggalan 1-0 pada minit ke-51 selepas Notre Dame dianugerahkan sepakan penalti oleh pengadil, Michael Lavergne. Penalti tersebut mudah disempurnakan Matthew Roou.

Keceriaan pasukan yang diberi jolokan The Fighting Irish itu tidak bertahan lama apabila tuan rumah menyamakan kedudukan 10 minit selepas itu. Wan Kuzri mudah menyempurnakan hantaran Emil Jaaskelainen untuk menewaskan penjaga gol Notre Dame, Blake Kelly.

Advertisements

Video gol Wan Kuzri kemudiannya dikongsikan di platform Future Talents. Sejak itu, nama adik kepada seorang lagi bintang negara di Amerika Syarikat, Wan Kuzain menjadi bualan di media sosial.

Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Selepas ini, The Zips akan mengalihkan fokus dengan turun menentang Ohio State University pada 25 Ogos ini.

Advertisements

Prestasi Wan Kuzri di Amerika Syarikat dijangka terus dipantau barisan kejurulatihan Harimau Malaya diketuai Pau Marti Vicente. Ini kerana beliau boleh menjadi pilihan tambahan di bahagian tengah bukan saja buat skuad senior tetapi juga skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram