Advertising
Wan Rohaimi Akui Kualiti Jadi Pemisah Selangor & Penang
Piala Cabaran
MakanBola
Penang FC

Pengendali Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail mengakui kualiti menjadi pemisah antara pasukan itu dan Selangor FC.

Selepas berjaya mengikat Merah Kuning 1-1 dalam saingan Liga Super, Harimau Kumbang berharap dapat mengulangi kejutan sama dalam aksi separuh akhir kedua MFL Challenge Cup.

Ad

Meskipun menunjukkan permainan mantap di Stadium MBPJ, Penang buntu mencari sentuhan penyudah melepasi penjaga gol Selangor, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Ad

Sebaliknya, Merah Kuning menggandakan kelebihan agregat mereka dengan meraih kemenangan 1-0. Pemain sayap Cape Verde, Alvin Fortes muncul wira buat tuan rumah dengan gol kemenangan.

Wan Rohaimi mengakui kelebihan pemain berkualiti yang dimiliki Selangor membantu mereka mara ke final.

Ad

“Alhamdulillah, daripada minit pertama, perlawanan seimbang dan peluang lebih memihak kepada Penang (dari segi) keterbukaan peluang. Tetapi peluang yang seharusnya bagi saya 90% boleh masuk.

Ad

“Tetapi saya harus beri pujian kepada penjaga gol lawan kerana menidakkan peluang-peluang kita yang dapat. Pada babak kedua, saya tegaskan kepada pemain untuk teruskan momentum pertama ke 45 minit yang kedua.

Ad

“Jadi, alhamdulillah benda itu terjadi. Cumanya, kesilapan kecil berlaku di bahagian kita di mana kita dihukum pemain berkualiti. Itulah perbezaan yang saya akui, perbezaan kualiti antara Selangor dan Penang,” katanya selepas perlawanan.

Penang kini mengalihkan fokus kepada aksi Liga Super menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 7 Februari ini.