Wan Rohaimi Lihat Pemain Penang Gugup & Goyang Bertemu JDT
MakanBola
PFC/JST
Sponsors

Pengendali Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail melihat para pemainnya tampak seperti gugup dan terlalu menghormati Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika aksi Liga Super pada Ahad.

Penang turun melayani kunjungan juara Liga Super, JDT di Stadium Bandaraya dengan impian besar mencipta kejutan ke atas pasukan gergasi itu di hadapan penyokong sendiri.

Ad

Walau bagaimanapun, skuad Harimau Kumbang ini terpaksa akur dengan kualiti pasukan JDT apabila tumbang 0-3 hasil dua jaringan Eddy Israfilov serta ledakan kaki kiri Heberty.

Ad

Menurut Wan Rohaimi, kelihatan para pemain Penang sedikit gugup sehingga membuatkan rasa terlalu menghormati JDT terutamanya ketika di awal 25 minit pertama perlawanan itu.

”Pada permulaan aksi nampak pemain saya mungkin gugup, terkejut serta terlampau menghormati JDT. Mereka (pemain Penang) nampak goyang,” ujar Wan Rohaimi kepada Harimau Malaya.

Ad

”Selepas 25 minit, barulah nampak pemain kembali tenang untuk mengawal segala situasi di atas padang ketika itu.”

Ad

Sungguhpun begitu, Wan Rohaimi turut menghamburkan pujian kepada pemain-pemain Penang yang telah sehabis baik berjuang di atas Padang meskipun ketinggalan di awal aksi.

Ad

”Walaupun kita ketinggalan dengan 2 gol (menerusi) situasi bola mati iaitu sepakan sudut oleh pemain yang sama (Eddy Istafilov) tetapi mereka tidak hilang punca.”

Kekalahan Penang ini meletakkan skuad Harimau Kumbang ini di kedudukan ke-9 dengan 20 mata sementara JDT pula kekal di puncak liga dengan 61 mata setelah 21 perlawanan.

Saingan Liga Super akan berehat seketika untuk memberi laluan kepada aksi antarabangsa dan sebaik bersambung JDT akan bertemu Kedah tatkala Penang berdepan Negeri Sembilan pada April.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments