Pemain Perak FC, Wan Zack Haikal secara spontan dikesan melempang pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali ketika aksi suku akhir Piala Malaysia 2023 hari ini.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh tersebut melibatkan pertemuan antara pasukan Perak dan Sabah.
Ketika sesi bersalaman antara pemain dan pengadil perlawanan, Wan Zack sempat bergurau bersama pengadil perlawanan.
Tindakan Wan Zack yang menampar pengadil tersebut turut mendapat perhatian pembantu pengadil perlawanan yang lain. Barisan pengadil yang lain tergelak kecil melihat telatah pemain berusia 32 tahun itu.
Berdasarkan ciapan yang dimuat naik Pemerhati Pengadil, beliau memaklumkan bahawa Wan Zack dan Razlan ketika dahulu merupakan penuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Razlan dan Wan Zack pernah bermain bola bersama-sama sebagai pemain professional. Sapaan ‘nakal’ Wan Zack itu seolah menzahirkan tanda keakraban antara mereka.
Pasukan Perak dan Sabah kini dalam misi yang sama untuk mencatat kemenangan malam ini demi meraih slot ke separuh akhir. Perak dan Sabah kini terikat dengan agregat 2-2.
Pemenang antara kedua pasukan ini bakal berdepan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim di pentas separuh akhir Piala Malaysia 2023.
Keputusan semasa: Perak 1-0 Sabah