Wanita Berloceng Bakal Diharamkan Bermain Bola Sepak
MakanBola
FA Malaysia

Wanita berloceng bakal diharamkan beraksi dalam sukan bola sepak.

Ketua wartawan sukan The Times, Martyn Ziegler melaporkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) merancang mengikut jejak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dengan mengehadkan pertandingan acara wanita kepada wanita sahaja.

Wanita di sini merujuk kepada wanita yang terbukti dari segi biologi. Bagi memastikan pemain yang didaftarkan benar-benar wanita, mereka akan menjalani ujian genetik dengan sampel air liur.

Tidak seperti sukan renang dan olahraga yang telah menetapkan ujian khas untuk atlet wanita, FIFA memilih untuk menunggu IOC menetapkan polisi ini terlebih dahulu.

Ini turut dipengaruhi keputusan Mahkamah Agung United Kingdom (UK) berhubung definisi wanita yang dibuat pada April 2025.

Mahkamah Agung UK memutuskan wanita yang terbukti dari segi biologi sahaja yang layak dipanggil wanita.

FIFA menjangkakan keputusan ini selaras dengan keputusan IOC bagi semua acara bola sepak global anjuran badan induk itu.