Warga ASEAN Sambut Baik ‘Jambang Perang’ Lee Tuck
Dunia
Sri pahang fc
Advertisements

Kehadiran dua pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan bagi saingan Piala AFF kali ini mendapat sambutan baik daripada warga ASEAN. 

Dua pemain tersebut ialah Lee Tuck dan Sergio Aguero merupakan pemain yang baharu sahaja mendapat kerakyatan warganegara Malaysia pada tahun ini. 

Dalam dua perlawanan persahabatan tempoh hari, kedua pemain ini mempamerkan aksi yang memukau. Lee Tuck berjaya menjaringkan dua gol sementara Sergio Aguero pula mempunyai satu bantuan gol. 

Advertisements

Menurut ciapan di Facebook, rata-rata warga ASEAN tidak sabar untuk menyaksikan aksi dua pemain ini. Mereka anggap dua pemain ini mempunyai kualiti yang mantap. 

“Sebagai orang Indonesia, saya tidak sabar untuk melihat persembahan mereka di atas padang.

“Kelihatan sangat keren dengan janggut & rambut perang, lelaki ini mempunyai penyudah yang menakutkan, selamat datang Lee Tuck & Sergio Aguero Malaysia,” coret Jayasurya Koriagung di Facebook

Advertisements

Skuad Harimau Malaya akan memulakan kempen Piala AFF menentang pasukan Myanmar pada Rabu ini jam 6 petang. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram