Laman web rasmi untuk membeli tiket perlawanan dan pakej hospitaliti bagi Piala Dunia di Qatar 2022 ini menyenaraikan Palestin sebagai negara dan bukannya Israel.
Memetik laporan dariapada Arab News, rakyat Israel yang mahu menonton perlawanan dan ingin menggunakan kemudahan di Qatar perlu memilih Palestin sebagai negara mereka kerana Israel tidak tersenarai sebagai negara.
Winter Hospitality merupakan pihak yang bertanggungjawab menjual dan mengedar tiket Piala Dunia 2022 menerusi tempahan ‘online‘ tidak memasukan Israel sebagai satu negara yang boleh dipilih oleh rakyat Israel.
Ini adalah langkah bijak yang boleh disifatkan sebagai tindakan berani dan wajar demi mengiktiraf Palestin sebagai negara dan bukannya Israel.
Piala Dunia Qatar 2022 akan bermula sehari lebih awal iaitu pada 20 November 2022 nanti.