Wigan Athletic Gagal Bayar Gaji Ikut Jadual, Kini Dalam Tekanan
Dunia
Wigan Athletic/Wigan Today
Advertisements

Isu kelab lambat bayar gaji ikut jadual bukan berlaku di Malaysia saja. Di UK, bekas kelab EPL Wigan Athletic berdepan masalah sama.

Latics sebelum ini pernah berdepan masalah sama sebanyak dua kali tetapi berjaya diselesaikan oleh pemilik mereka dari Bahrain, Talal Al Hammad.

Tetapi kelewatan terbaru Wigan melunaskan gaji yang sepatutnya ada pada Jumaat lepas mendorong sesetengah pemain memikirkan masa depan mereka bersama kelab.

Advertisements

Difahamkan pemilik Latics telah meminta pihak ketiga mencari pembeli-pembeli berpotensi sebagai solusi jangka panjang untuk kewangan kelab.

Sekiranya ada pembeli yang berminat, mereka perlu membayar harga jualan sebanyak £15 juta (RM81.3 juta).

Pernah berada di EPL dari musim 2005/2006 hingga 2012/2013, Wigan kini berada di Liga Kejohanan. Pasukan ini juga pernah menjulang Piala FA pada 2013.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram