Witan Sulaeman Dan Egy Maulana Kini Tanpa Kelab
Dunia
egymaulanavikri
Advertisements

Pemain timnas Indonesia, Witan Sulaeman mengikut jejak seorang lagi pemain Indonesia, Egy Maulana Vikri di mana kedua-dua mereka kini tanpa kelab.

Seharusnya, kontrak Witan masih lagi berbaki setahun bersama kelab Lechia Gdansk di Poland namun beliau memutuskan untuk menamatkan kontrak lebih awal iaitu seawal 26 Julai 2022 (Selasa).

Ini bermakna beliau mengikut jejak Egy Maulana yang tamat kontrak dengan kelab dari Slovakia, FK Senica pada bulan Mei lalu.

Advertisements

Witan menyertai Lechia Gdansk pada musim lalu daripada kelab lamanya di Serbia, FK Radnik Surdulica. Bersama Lechia Gdansk beliau tidak pernah mendapatkan peluang beraksi untuk pasukan utama dan beliau ditempatkan di pasukan B.

Namun pada Januari 2022, beliau telah dipinjamkan ke kelab FK Senica, kelab yang turut diwakili Egy Maulana Vikri. Di kelab itu, beliau berjaya mendapatkan peluang bermain dan berjaya meledak 4 gol dan 1 bantuan gol daripada 12 perlawanan yang dilalui.

Sementara Egy pula berjaya meledak 2 gol dan mencipta 4 bantuan gol daripada 26 perlawanan yang dilalui.

Advertisements

Kini kedua-dua pemain ini merupakan agen bebas dan sudah pasti banyak kelab mahukan khidmat kedua-dua pemain lincah ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram