WSL: Man United Ubati Prestasi Hambar, Bedil Spurs 4-0
Bola Sepak Wanita
Manchester United Women
Advertisements

Kesedihan penyokong Man United terubat apabila skuad wanita mereka mengalahkan Tottenham Hotspur dalam aksi terbaru Liga Super Wanita (WSL).

Skuad wanita United yang dibimbing Marc Skinner mahu meneruskan rentak kemenangan selepas mengalahkan Bristol City pada minggu lepas.

Sementara Spurs pula mahu segera bangkit selepas tidak meraih kemenangan dalam lima perlawanan terakhir liga.

Advertisements

Begitupun, keinginan tuan rumah untuk melakar kemenangan tidak kesampaian apabila Melvine Mallard meletakkan The Red Devils di depan pada minit ke-29. Keputusan itu memastikan United mendahului 1-0 sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, jentera serangan pelawat terus memberi kesukaran kepada penjaga gol Tottenham, Rebecca Spencer.

Advertisements

Ella Toone menambah derita Tottenham Hotspur dengan gol kedua pada minit ke-51. Mallard sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada pertahanan tuan rumah dengan menyumbat gol ketiga pada minit ke-59.

Hayley Ladd melengkapkan malam gemilang United dengan gol keempat pada minit ke-84. Keputusan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Kemenangan ini meletakkan United di tempat keempat dengan 18 mata. Manakala Spurs pula berada di tempat keenam dengan 12 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram