Ads
Xavi Hernandez Tolak Peluang Latih Korea Selatan
Asia
FC Barcelona/Korea FA

Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez menolak peluang yang ditawarkan Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) untuk menjadi jurulatih Korea Selatan.

Advertisements

Akhbar El Mundo Deportivo melaporkan legenda Sepanyol itu menerima tawaran daripada KFA untuk menjadi jurulatih Pahlawan Taeguk yang seterusnya.

Advertisements

Sejak memecat Jurgen Klinsmann selepas gagal membawa pasukan itu ke final Piala Asia 2023, Korea Selatan masih tercari-cari siapa calon penggantinya.

Advertisements
Advertisements

Antara jurulatih yang dikaitkan dengan kerusi panas berkenaan ialah Jesus Casas, Jesse Marsch, Steve Bruce, Herve Renard dan Fabio Cannavaro.

Kini, akhbar Sepanyol itu mendedahkan KFA mahukan khidmat Xavi selepas jurulatih Sepanyol itu pada awalnya ingin meninggalkan Barca pada akhir musim.

Advertisements

Walau bagaimanapun, tawaran itu ditolak legenda Barcelona itu atas alasan ingin fokus kepada pasukan berkenaan.

Meskipun Xavi telah membuat pusingan U dengan menyatakan ingin kekal bersama Barca, kedudukan beliau kini dalam bahaya.

Difahamkan presiden kelab, Joan Laporta dan pengarah sukan kelab, Deco telah memutuskan untuk memecat jurulatih berusia 44 tahun itu pada akhir musim.

Advertisements

Laporta dan Deco juga sudah mempunyai calon untuk menggantikan beliau untuk musim 2024/25. Satu nama yang dicanang sebagai pengganti Xavi ialah bekas jurulatih Jerman, Hansi Flick.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram