Advertisement
“Ya Betul TKKR Racing Team Takut Dengan Kehadiran JDT” – CEO Perak
UltraSukan
UltraSukan
TKKR/JDT Racing Team

CEO Perak, Bobbie Farid tampil memberi penjelasan berkenaan desas-desus penarikan diri pasukan TKKR Racing Team kerana kehadiran pendatang baharu, JDT Racing Team.

Menerusi satu hantaran di instagram beliau, Arie Sham, beliau menjawab dengan nada sinis bahawa TKKR Racing Team berasa gerun dengan kehadiran pasukan JDT Racing Team.

Ditambah pula dengan isu kewangan dan ekonomi yang melanda pasukannya itu sekaligus memberi bayangan pasukan TKKR Racing Team bakal menarik diri dari saingan 2024.

“Ye betul tu TKKR takut dgn kehadiran JDT, sampai kami tarik diri. Tetapi pada hakikatnya ekonomi adalah teruk, US Dollar sekali lagi membunuh Ringgit Malaysia kita dari segi kewangan,” ujar beliau di kapsyen.

“Kami telah berada dalam sukan permotoran selama 7 tahun dan telah memenangi segala-galanya dan industri tidak menyebelahi kami. Kami gagal mendapatkan penaja walaupun bergelar Juara Asia selama 2 tahun dan juga 3 tahun berturut-turut dalam kategori underbone” tambahnya lagi.

“Sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal dan membiarkan orang lain melakukannya.”

Satu kenyataan yang dimuatnaik oleh TKKR Racing Team di Facebook rasmi pasukan turut bersetuju dengan respon CEO Perak tersebut dan mengatakan industri sukan permotoran tidak memerlukan budaya toksik antara satu sama lain.

“Ya betul kami takut sangat. Walau bagaimanapun, kami telah memenangi semuanya dalam sukan ini dan macam saya cakap, sukan ini dipelopori oleh siapa kenal siapa. Jadi, nak kutuk ke apa ke kami dah bawa lagu Negaraku banyak kali.”

Dalam kenyataan itu turut menjelaskan bahawa usaha TKKR Racing Team untuk mendapatkan peruntukan dari pihak kementerian, namun masih gagal sehingga kini dan mengucapkan selamat maju jaya buat JDT Racing Team.

“Kami cuba untuk dapatkan bantuan dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang setiap tahun bagi duit kepada orang lain akan tetapi setelah 4 menteri bertukar tangan, semua kejayaan kami ini tak layak untuk dapat apa apa bantuan dan kami okay sahaja.”

“Apa-apa pun, selamat maju jaya buat JDT Racing Team tahun ini.”

JDT Racing Team merupakan pasukan yang baru ditubuhkan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor dengan menampilkan pelumba tersohor tanah air, Hafizh Syahrin sebagai pelumba utama dan persiapan sedang dilakukan bagi menghadapi Asian Road Racing Championship (ARRC) 2024.

Manakala TKKR Racing Team yang merupakan juara berganda bagi kelas Asia Superbike 1000cc (ASB1000) musim lalu sedang bergelut untuk mencari penaja menjelang saingan 2024 yang semakin hampir membuka tirai.

Namun, sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada pihak TKKR Racing Team mengenai berita penarikan diri mereka bagi muaim 2024.