Yazan Al-Arab Simpan Niat Kembali Beraksi Di Liga Super Malaysia
Liga Super
Jordan.fa
Advertisements

Bekas pemain pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab memasang niat untuk kembali semula beraksi di Liga Super Malaysia suatu hari nanti. 

Pemain kebangsaan Jordan itu sebelum ini telah digantung seumur hidup daripada beraksi di Liga Malaysia selepas insiden beliau yang menyepak pengadil perlawanan. 

Memetik laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Yazan Al Arab akui terkejut apabila beliau dijatuhkan hukuman sebegitu.

Advertisements

Pemain berusia 27 tahun itu memohon maaf atas keikhlafanya yang lalu dan akui masih sayangkan penyokong di Malaysia. 

Bekas pemain Al-Jazeera itu memohon agar pihak MFL dapat membatalkan hukumannya kerana beliau masih mahu beraksi di Liga Malaysia. 

“Amat sukar apabila mengetahui saya tidak lagi boleh bermain di Malaysia.

Advertisements

“Saya sedar apa yang saya lakukan dahulu tidak betul. Saya memohon maaf kepada semua orang.

“Saya harap MFL (Liga Bolasepak Malaysia) dapat membatalkan hukuman ini kerana saya amat cintakan Malaysia. Saya sayangkan semua orang di Malaysia,” kata Yazan Al-Arab.

Tambahnya, beliau berharap agar mana-mana pihak dapat membantunya untuk kembali ke Liga Malaysia.

Advertisements

“Insya-Allah, satu hari nanti ada yang akan menolong saya untuk kembali beraksi di Malaysia. 

“Ia sesuatu yang amat sukar buat saya. Lebih kurang tiga bulan saya tidak beraksi dalam sebarang perlawanan, termasuk dengan pasukan kebangsaan,” katanya lagi.

Meskipun tidak beraksi selama tiga bulan dalam perlawanan kompetitif, Yazan Al-Arab berjaya memacu kemenangan Jordan ke atas Malaysia bagi aksi pertama peringkat kumpulan E semalam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram