‘YCL Ball’ Buat Pemain Lawan Koyak
Dunia
Perak Football Club
Advertisements

Pasukan kendalian Yusri Che Lah, Perak FC berjaya mencatat keputusan positif di Stadium UITM pada aksi Liga Premier semalam.

Perak FC meraih tiga mata setelah menewaskan pasukan Selangor II dengan keputusan 1-0. Jaringan tunggal perlawanan terhasil menerusi pemain gantian, Ferris Daniel pada minit ke-77 permainan.

Bagaimanapun terdapat satu insiden kekasaran berlaku yang mengakibatkan layangan kad merah pada masa tambahan. Pemain Selangor II telah mengasari pemain Perak selepas anak buah kendalian Yusri Che Lah dilihat mengusai bola begitu lama.

Advertisements

Corak serta transisi permainan yang ditampilkan pemain Perak telah mendapat pujian ramai pihak. Ramai dalam kalangan peminat bola sepak tempatan kagum dengan penguasaan bola yang diterapkan skuad Perak. 

Perak bakal meneruskan cabaran Liga Premier dengan menentang pendahulu liga, Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV pada 10 Ogos depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram