Yunus Alif: Saya Jangka 2-0, Rupanya 3-0
MFL
PDRM FC
Advertisements

Pengendali PDRM FC, Datuk Yunus Alif mengakui tidak menjangkakan pasukannya meraih kelebihan selesa dalam aksi final pertama Challenge Cup.

Aksi final pertama Challenge Cup menyaksikan Sang Saka Biru mengatasi cabaran Kuching City FC 3-0 di Stadium MBPJ hari ini.

Tiga gol mereka disumbang oleh Nabil Ahmad Latpi, Uche Agba dan kapten, Amir Saiful Badeli pada babak kedua.

Advertisements

Justeru, Yunus mengharapkan anak-anak buahnya mengulangi persembahan serupa apabila mereka bertandang ke Kuching pada 3 Disember ini.

“Saya tak sangka kita akan menang 3-0, sebab tekaan saya hanya 3-0. Kita cuba sehabis baik untuk mencari gol.”

Advertisements

“Pendekatan ni tidaklah berbeza (di Kuching), cuma kita perlu tengok disiplin pemain. Apa yang perlu dilakukan selepas hilang bola, ketika ada bola, siapa yang perlu diletakkan, siapa yang akan sokong mereka dari belakang,” katanya kepada MakanBola dalam sidang media selepas perlawanan hari ini.

PDRM dijangka mahu mempertahankan kelebihan agregat 3-0 mereka bila bersemuka dengan The Cats di Stadium Negeri, Kuching pada 3 Disember ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram