Piala Malaysia
Perak FC
Advertisements

Piala Malaysia hampir ke kemuncak saingan dengan aksi separuh akhir pertama akan dilangsungkan di antara juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan bertandang ke Ipoh bagi menentang Perak FC malam esok.

Advertisements

Di atas kertas, sudah tentu kelebihan menjadi milik JDT yang berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan domestik. Namun peningkatan mendadak pasukan Perak di bawah kendalian Yusri Che Lah sejak kebelakangan tidak boleh dipandang enteng.

Bagi Yusri, perlawanan menentang JDT sememangnya perlawanan yang sukar. Pada hemat beliau, JDT kini tiada cacat cela apabila turun beraksi dan beliau mahu menjadikan pasukan Kedah Darul Aman (KDA FC) sebagai contoh apabila JDT diikat pasukan Kedah 3-3 dalam saingan Liga Super.

Advertisements

“Semua peminat di luar sana tahu tentang kekuatan JDT dan saya juga memahami keadaan tersebut. Tetapi apabila kita dah sampai ke tahap ini, kita dah tak boleh nak tarik gear undur dah. Kita kena hadap dan macam mana kita nak hadap itu lah yang lebih diutamakan bagi saya.

“JDT ni kalau kita lihat tiada langsung cacat celanya dalam permainan mereka. Cuma kita boleh mengguna pakai semangat yang Kedah lakukan apabila mereka seri 3-3 di Darul Aman. Kita boleh jadikannya sebagai iktibar walaupun kita sedar kita tak setaraf Kedah, tetapi kita akan cuba,” jelas Yusri seperti yang disiarkan di Perak FC TV.

Advertisements

Dalam masa yang sama, Yusri juga mengingatkan para pemainnya tidak terlalu merendah diri dan tidak terlalu menghormati JDT. Ianya adalah berdasarkan apa yang telah berlaku kepada Perak dalam saingan Liga Super yang lalu.

“Kita akan lawan 11 lawan 11. Yang pasti tidak terlalu merendah diri untuk beraksi. Ini kerana, kunjungan pertama kita di Stadium Sultan Ibrahim, pemain dilihat terlalu menghormati kehebatan lawan,” jelas Yusri lagi.

Aksi separuh akhir JDT dan Perak akan diadakan di Stadium Negeri Ipoh pada jam 9 malam esok. Kedua-dua akan beraksi dalam aksi timbal balik yang dijadualkan pada 2 November bertempat di Stadium Sultan Ibrahim.

Satu lagi aksi separuh akhir akan menemukan Kuala Lumpur City FC (KL City) dan Terengganu FC. Perlawanan kedua-dua pasukan ini dijadualkan berlangsung pada 21 Oktober sebelum aksi timbal balik pada 3 November.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram