Yusri Che Lah Beri Impak Besar Kepada Perak
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Legenda bola sepak negara, Dato’ Zainal Abidin Hassan melihat kehadiran pengendali interim Perak FC, Yusri Che Lah telah menstabilkan pasukan itu dan meletakkannya kembali ke landasan kemenangan.

Pandangan Pengarah Teknikal Imigresen FC itu dibuat selepas melihat The Bos Gaurus kelihatan tersusun dan mempunyai corak permainan cantik. Perubahan yang dibuat Yusri mengakibatkan pihak lawan berdepan kesukaran menembusi pertahanan Perak FC.

“Bagi saya, memang betul. Perubahan berlaku dan perlu dilakukan oleh Coach Yusri (Che Lah) kerana sistem play Datuk Lim Teong Kim dan Yusri berbeza.

Advertisements

“Kita tahu Datuk Lim Teong Kim yang lama berada di Jerman, saya mengenali permainan Jerman dan ia amat berbeza berbanding cara permainan Yusri.

“Jadi, Yusri telah membuat perubahan dalam masa singkat. (Beliau) cuba mengubah dengan menjadikannya serupa dengan philosophy yang ada pada Yusri dan para pemain.

“Seperti saya cakap, Luciano (Guaycochea) tidak menyerlah bila bersama Datuk Lim Teong Kim tetapi menyerlah bersama Yusri. Di mana Yusri tahu apa yang Luciano inginkan, apa yang diberikan oleh beliau.

Advertisements

“Perubahan ini amat menarik dilakukan oleh Yusri Che Lah dan sedikit demi sedikit perubahan dalam pasukan Perak. Memang betul hari ini kalau tengok carta liga, Perak kalahkan Kedah memang satu kejutan.

“Tapi siapa yang lihat permainan hari ini, mereka berhak menang, mempunyai mentaliti untuk menang hari ini dan amat ketara baik dalam babak pertama mahupun kedua,” katanya bila menjadi panel perlawanan Piala Malaysia Perak FC-Kedah Darul Aman (KDA) FC pada Khamis lepas.

Kecemerlangan ini diharap dapat diteruskan apabila mereka menentang Penang FC dalam aksi Liga Super seterusnya pada 9 Ogos.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram