Piala Malaysia
Perak FC
Advertisements

Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah menitiskan air mata selepas berjaya membimbing The Bos Gaurus ke suku akhir Piala Malaysia 2023.

Advertisements

Perak berjaya mara dengan kelebihan agregat 4-3 walaupun tewas 2-1 kepada Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman semalam. Gol tunggal mereka dijaringkan Seo Seun-ung sekaligus memastikan kemaraan mereka ke peringkat seterusnya.

Justeru, tidak hairanlah Yusri menitiskan air mata selepas perlawanan berakhir kerana ini satu pencapaian hebat buat The Bos Gaurus selepas bergelut pada awal musim ini.

Advertisements

Dalam satu video yang dikongsikan di TikTok, bekas pengendali Kelantan FC itu dilihat memeluk Sunday Afolabi dan CEO Bobie Farid Shamsudin selepas tamat perlawanan.

Yusri kemudiannya menyertai barisan pemain dan pengurusan pasukan menemui kumpulan penyokong Seladang di Stadium Darul Aman.

Advertisements

Selepas menenangkan penyokong yang menyebut namanya, beliau kemudiannya berkata, “27 haribulan ini, penuhkan Stadium Ipoh. Kita nak menang dengan Perak.”

Yusri merujuk kepada perlawanan Liga Super Perak seterusnya di mana mereka akan menentang KL City FC pada 27 Ogos ini. Seruan beliau disambut dengan laungan semangat daripada para penyokong yang berharap kecemerlangan ini dapat diteruskan.

The Bos Gaurus kini menanti pemenang perlawanan Kuching City FC-Sabah FC yang berlangsung hari ini bagi menentukan siapa lawan mereka di pentas suku akhir.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram