Yusri Che Lah “Merah Padam” Jelaskan Pemain Beraksi Tanpa Gaji
Dunia
Bernama
Advertisements

Permasalahan dalaman pasukan Perak FC yang beraksi di Liga Premier agak meruncingkan dan kelab berkenaan baru-baru ini mengumumkan peralihan pemilikan baru dalam masa terekat.

Perak FC yang bertemu PDRM pada malam Ahad lalu tewas 1-3 di halaman sendiri walaupun mendahului pada separuh masa pertama.

Sejurus perlawanan tamat wartawan melontarkan soalan ‘cepu emas’ tentang aksi longlai pemain Perak FC pada separuh masa ke-2.

Advertisements

Tidak semena-mena, wajah Yusri berubah merah padam dan menjawab soalan tersebut seolah-olah sedang menahan marah.

“Saya nak tanya, kalau anda jadi pemain beraksi 90 minit tanpa bayaran, lebih baik idea anda bertanya soalan, ok soalan seterusnya, terima kasih.” Jelasnya kepada wartawan selepas perlawanan tamat.

Perak FC sebelum ini mengalami masalah pembayaran gaji yang meruncingkan sekaligus memberi impak negatif kepada semangat para pemain.

Advertisements

Pengerusi Impact Media and Communication Sdn Bhd sebelum ini mendakwa beliau ditipu oleh pemberi modal syarikat dan sudahpun membuat laporan polis.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram