Yusri Che Lah: Parking Bas Salah, Tak Parking Bas Pun Salah
Piala Malaysia
Perak FC
Advertisements

Tiada mana-mana jurulatih yang mahu pasukannya melepaskan sehingga 8 gol dalam satu perlawanan. Namun bagi pengendali Perak FC, Yusri Che Lah, beliau mempunyai pendapat yang tersendiri mengenai kekalahan besar yang menimpa pasukannya itu.

Dengan tewas 12-2 secara agregat kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), ianya sudah pasti angka yang besar bagi peringkat separuh akhir. Yusri menjelaskan bahawa pemainnya tidak perlu merasa malu kerana tewas kepada pasukan yang mempunyai kualiti yang lebih baik dari mereka.

“Kita hadir ke sini (Stadium Sultan Ibrahim) bukan untuk kalah 8-0. Kalau saya kalah 8-0, saya dah parking bas dari awal. Kita parking bas salah, tak parking bas pun salah. Nak memuaskan hati manusia bukannya senang.

Advertisements

“Bagi saya, kenapa kita harus malu? Kita bertemu dengan pasukan yang jauh lebih kuat daripada kita. Saya masih menghormati pasukan yang kuat. Kalau kita takut dengan apa yang berlaku malam ini, sebaiknya kita tak hadir ke sini,” jelas Yusri seperti yang disiarkan di TBG TV.

Dalam masa yang sama, Yusri tetap bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada beliau dan pasukan Perak walaupun 8 gol yang dilepaskan itu agak besar.

“Syukur apa yang Allah berikan pada saya walaupun lapan itu agak besar. Sebagai seorang jurulatih, saya tiada keinginan sampai 8 biji untuk dilepaskan tetapi Allah lebih mengetahui perancangan untuk kami. Saya menerimanya,” luah Yusri lagi.

Advertisements

Dengan tersingkirnya Perak dari saingan Piala Malaysia, mereka kini perlu memberikan fokus kepada baki perlawanan Liga Super. Perak kini menghuni tangga ke-9 Liga Super dan mereka bakal bertandang ke Stadium MBPJ pada 25 November bagi aksi menentang Selangor FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram