Ads
Piala Malaysia
Perak FC

Biarpun tewas dengan jaringan 1-4 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia semalam, namun pengendali Perak FC, Yusri Che Lah berbangga dengan aksi pemain mereka.

Advertisements

Dengan dibarisi rata-rata pemain muda, Yusri akui mereka kalah disebabkan pengalaman beraksi di pentas besar iaitu peringkat separuh akhir.

Advertisements

“Faktor utama yang saya nampak adalah kita kekurangan pengalaman di pentas yang amat besar bagi saya. Dan lawan yang kita tentang malam ini (semalam) memang semua sedia maklum kekuatan mereka,” jelas Yusri seperti disiarkan di TBG TV.

Advertisements

Advertisements

Yusri dalam masa yang sama memberikan tabik kepada para pemainnya yang berani memperagakan aksi permainan terbuka dan bukannya bertahan semata-mata.

“Perkara yang harus kita lihat ialah bagaimana pemain-pemain berani bermain bola sepak dengan betul dan memberikan tentangan sepanjang 90 minit berjuang bersungguh-sungguh tanpa memberikan laluan yang mudah.

Advertisements

“Bagi saya, saya kena tabik kepada semua pemain yang telah memberikan segala-galanya kepada 21 ribu penonton malam ini. Positifnya, kita cuba beraksi dengan secara terbuka. Itu bukan sebagai alasan tetapi dengan pemain-pemain yang kita ada, kita mampu beraksi dengan corak yang kita inginkan,” tegas Yusri lagi.

Advertisements

Dengan kekalahan besar 1-4 kepada JDT semalam, ini bermakna tugas sukar menanti pasukan Perak apabila bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim pada aksi separuh akhir kedua yang dijadualkan pada 2 November depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram