Zainal Abidin Fikir Malaysia Patut Lawan Pasukan 40 Terbaik Dunia
MakanBola
Astro Arena
Sponsors

Bekas pemain kebangsaan, Zainal Abidin Hassan merasakan bahawa pasukan negara patut bertemu lawan yang berada pada kedudukan ke-40 terbaik dunia.

Menerusi satu kenyataan di Astro Arena, pengendali berusia 60 tahun itu yakin anak didik Kim Pan-gon perlu diuji dengan lawan yang jauh lebih handal bagi mengetahui kekuatan sebenar pasukan.

Ad

Katanya, misi ke Piala Asia sepatutnya menjadi pembakar semangat untuk Malaysia terus mencari lawan yang berkualiti tinggi bagi aksi persahabatan berikutnya.

Ad

“Saya lihat Malaysia sepatutnya menguji kekuatan sebenar pasukan menentang lawan yang berada pada kedudukan ke-40 dan 50 terbaik dunia.”

“Ini membolehkan kita mengetahui kekuatan sebenar pasukan Malaysia di peringkat antarabangsa,” jelasnya kepada Astro Arena.

Ad

Zainal juga merasakan bahawa Harimau Malaya perlu memperbaiki lagi kedudukan ranking untuk terus mendaki ke tangga 100 terbaik dunia.

Ad

Persiapan Malaysia bertemu Kepulauan Solomon dan Yaman bagi aksi persahabatan FIFA Jun ini dilihat sebagai medan terbaik untuk terus memacu kejayaan buat skuad negara.

Ad