Zainal Abidin Harap Kelab Turunkan Pemain Tempatan Di Posisi Kritikal
Malaysia
Haziq/MakanBola
Advertisements

Dengan saingan Liga Super bakal bermula tidak lama lagi, banyak pasukan sudah berbelanja besar dalam mendapatkan pemain termasuk pemain import. Tetapi bagi legenda bola sepak Dato Zainal Abidin Hassan, kelab-kelab diharap untuk terus menurunkan pemain tempatan di posisi penting termasuk bahagian serangan.

Dalam temubualnya bersama MakanBola, Zainal Abidin yang juga bekas penyerang Harimau Malaya mengakui bahagian serangan merupakan bahagian paling penting dalam sesebuah pasukan.

Ini ditambah dengan pelaburan bukan sedikit kelab-kelab untuk penyerang import baru seperti Ayron Del Valle (Selangor), Christian Obiozor (Perak), Diogo Luis Santo (JDT) dan Willian Lira (Kedah).

Advertisements

Tetapi pada masa sama, bekas jurulatih Sri Pahang itu mahu anak-anak tempatan diberi peluang beraksi di posisi-posisi penting termasuk bahagian serangan. Tanpa mereka sebagai pelapis, kelab-kelab Liga Super bakal berdepan kesukaran mencapai objektif mereka untuk musim ini.

“Kebanyakan pasukan, kita tak nafikan banyak pemain yang mustahak iaitu penyerang datangnya daripada pemain-pemain import.

“Jadi, di sini, saya berharap sedikit sebanyak kita dapat melahirkan pemain tempatan. Saya berharap pasukan-pasukan memberi peluang kepada pemain-pemain tempatan khususnya di bahagian-bahagian penting seperti penyerang, pertahanan, penjaga gol dan pemain tengah.

Advertisements

“Tetapi mereka harus memberi mutu persembahan yang baik. Bagi saya, ramai pemain tempatan yang lebih baik daripada pemain import tetapi bilangan mereka tidak ramai.

“Jadi, saya berharap pada tahun ini, kita dapat melahirkan dan mengambil pemain tempatan yang terbaik,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram